Rabu, 24 Ogos 2011

HARI PENGISYTIHARAN DAJJAL SEBAGAI TUHAN

0 org tak puas hati

The Grand Parade adalah satu perarakan raksasa yang diaturkan oleh Dajjal The False Messiah untuk mengisytiharkan dirinya sebagai Tuhan. Allah SWT mencatatkan kisah Ashabul Kahfi yang peristiwanya persis perarakan raksasa yang diaturkan oleh Dajjal. Maklumat ini saya titipkan di dalam satu kitab lama tulisan Almarhum Sheikh Uthman Jalaludin bertajuk Alamat Kiamat terjemahan dari kitab Arab beliau berjudul Ad-Durrah an-Nafi'ah fi Asyrath as-Sa'ah.{1} Perhimpunan ini disebut oleh Sheikh Jalaluddin di mana pengikut Dajjal akan menyongsong kedatangannya dengan memukul-mukul gendang di dalam satu perarakan yang besar. Inilah gambaran sebuah perhimpunan agung yang disusun atur dengan teliti oleh Dajjal.

Tindakan Dajjal mengumpulkan seluruh manusia di dalam satu perhimpunan raksasa dan mengisytiharkan dirinya sebagai Tuhan menyamai insiden majlis perhimpunan Raja Diqyanus yang zalim dan bongkak. Dua peritiwa yang berlaku dengan jarak tahun yang amat jauh tetapi mempunyai persamaan yang nyata.
Di dalam riwayat kitab kisah anbiya dan Asbabun Nuzul, disebut nama bagi sekelompok orang yang beriman yang hidup beberapa ratus tahun sebelum diutusnya Nabi Isa as. Bahawa kisah itu terjadi di negeri Romawi, di sebuah kota bernama Aphesus (Ephese). Setelah Islam datang, kota itu berubah nama Tharsus (Tarse) sekarang terletak di dalam wilayah Turki. Penduduk negeri itu dahulunya mempunyai seorang raja yang baik. Setelah raja itu meniggal dunia, berita kematiannya didengari oleh seorang Raja Persia bernama Diqyanus. Diqyanus adalah seorang raja yang kafir dan amat bongkak serta zalim. Dia datang menyerbu negeri itu dengan kekuatan pasukannya dan akhirnya berjaya menguasai kota Aphesus. Olehnya, kota itu dijadikan, ibu kota kerajaan lalu dibina sebuah istana yang agam.

Raja Diqyanus kekal berkuasa selama 30 tahun tanpa dapat digugat. Selama itu juga dia tidak pernah diserang sebarang penyakit hatta pening kepala, sakit perut mahupun demam. Oleh kerana Diqyanus merasakan dirinya sedemikian kuat dan sihat, kesombongannya mula membuak ; kehairanannya sama seperti apa yang dirasa oleh Namrud. Sehingga dia berani mengaku dirinya sebagai 'tuhan' dan dia menafikan kewujudan Tuhan Yang Maha Esa yang mencipta seluruh langit dan bumi.

Bermula dari saat itu, Diqyanus memanggil seluruh rakyat dan pembesar negara. Diatur satu perhimpunan raksasa dengan diiringi paluan gendang, tarian dan hiburan - ia umpama pesta. Seluruh rakyat diseru keluar menuju ke tempat perayaan tanpa kecuali di dalam satu perarakan raksasa yang maha hebat.

Di dalam perhimpunan ini, Raja Diqyanus memakai gelaran tuhan dengan rasminya. Dia memaksa seluruh penduduk kota menyembahnya disamping berhala-berhala lain yang diciptanya. Pesta pada hari itu tidak hanya diiringi dengan bunyi-bunyian bahkan dipersembahkan binatang korban untuk berhala-berhala tersebut{2} 
[saya hentikan petikannya di sini...]
Perhatikan hadith di bawah ini. Ia seperti menceritakan mengenai insiden ini. Manusia seolah-olah terpukau dan mahu menyertai perhimpunan yang diaturkan oleh Dajjal ;
"Tempat berhentinya (berkumpulnya) Dajjal di tanah berair. Kaum yang paling banyak menyertainya adalah wanita sehingga seorang lelaki kembali kepada isterinya, ibunya,  anak perempuannya dan ibu saudaranya, lalu mereka mengikat mereka dengan tali kerana takut mereka akan keluar mengikuti Dajjal..."{3}
Inilah percubaan kemuncak Dajjal yang mahu menipu manusia. kemuncak fitnah ini turut menyamai Namrud dan Firaun yang mengisytiharkan diri mereka sebagai Tuhan di hadapan manusia di dalam perhimpunan besar dan perdana.

Hadith dari Ummu Syarik, berkata :
Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda; "Sungguh manusia akan berlari dari dajjal ke gunung-gunung." (Riwayat Imam Muslim dari Ummu Syarik)
Inilah peristiwa yang amat penting untuk disingkapkan menjelang kedatangan Dajjal dan kita temui semua persamaan ini di dalam Surah al-Kahfi ayat 9 ~ 16.

Situasi getir ini akan berlaku apabila Dajjal mengisytiharkan dirinya sebagai tuhan. Setelah berlaku beberapa fasa penipuan dan setelah semakin ramai manusia mengikutinya, maka Dajjal memanggil satu perhimpunan agung (The Grand Parade). Dipanggilnya semua manusia untuk datang dan diseru kehadiran manusia seolah-olah suara itu datang dari langit. Perhimpunan ini dihadiri oleh dua malaikat (di dalam riwayat lain mengatakan dua orang nabi) di kiri dan kanannya untuk mempersaksikan pengakuan palsunya.

Di dalam perhimpunan inilah Dajjal akan menunjukkan kesaktiannya yang di luar kemampuan batas pemikiran manusia. Dia akan menzahirkan alam neraka dengan api yang menjulang tinggi dan syurga yang penuh dengan kenikmatan. manusia dipaksa membuat pilihan. Ketika ada yang takjub dengan maka dia akan berseru bahawa dialah tuhan manusia. Terjadi dialog yang diubahreka dengan kedua-dua malaikat itu. Malaikat itu seolah-olah mengaku dia adalah tuhan.
"...Dan keluarlah dua lembah bersama Dajjal, salah satunya adalah lembah syurga dan satu yang lain adalah lembah neraka. Kemudian dia berkata kepada manusia: 'Bukankah aku ini tuhan kalian yang dapat menghidupkan dan mematikan manusia?' Dia bersama dua orang nabi (di dalam riwayat Tarmizi mengatakan malaikat) di mana aku tahu namanya dan nama bapanya. Jika aku ingin, maka aku akan menyebut nama kedua-duanya. salah satu dari keduanya berada di sebelah kanan dan kirinya. Kemudian Dajjal bertanya:'Bukankah aku ini tuhan kalian yang dapat menghidup dan mematikan?' Salah seorang dari keduanya berkata: 'Kamu dusta.' tetapi jawapan itu tidak didengari oleh sesiapa selain rakannya yang disebelahnya. Maka lantas dia menjawap: 'Kamu benar.' Dan jawapan itu didengari oleh semua manusia."
Manusia mula mempersoal diri sendiri. Hati manusia yang hadir pada perhimpunan itu mula berbolak-balik. jeritan dan tangisan mula kedengaran. Dalam keadaan cemas itulah Dajjal mengisytiharkan dia adalah tuhan manusia. Maka ketika inilah tersingkap wajahnya yang sebenar; segala pesona penyamaran wajah manusia kacak seperti seorang penyelamat pudar. Yang terjelma adalah wajah hodoh dengan mata kiri yang berselaput (buta sebelah mata), bertubuh besar dan tertulis perkataan 'qaf-fa-ra' di antara kedua keningnya. Ia jelas dapat dilihat oleh orang mukmin yang ramai walaupun yang tidak tahu membaca.{4}

Malangnya ketika itu manusia tidak memikirkan keburukan bentuk rupa Dajjal. Manusia hanya memikirkan nasib mereka, apakah mahu masuk ke dalam syurga Dajjal (sebenarnya Neraka) atau jurang nerakanya (sebenarnya Syurga) dengan nyalaan apinya yang menjulang tinggi. Pada masa itu, keadaan menjadi hura-hara. Bapa menarik anak dan suami menarik isteri. Masing-masing mahu lari menyelamatkan diri antara fitnah Dajjal atau neraka ciptaannya.

Nabi Muhammad SAW berpesan :
"Sesungguhnya aku lebih tahu tentang apa yang dibawa oleh Dajjal. Dia membawa dua sungai yang mengalir. Salah satu daripadanya mata akan melihat sebagai air putih dan yang lainnya akan melihatnya sebagai api yang menyala-nyala. Jika kamu menemuinya, hendaklah mendatangi sungai yang dilihat sebagai api dan hendaklah memejamkan mata kemudian menundukkan kepala serta minum daripadanya kerana ia adalah air yang segar." (Riwayat Ahmad di dalam Al-Musnad dari Huzaifah)
Ada yang tidak tahan melihat jurang api yang dalam lantas melutut di hadapan Dajjal mohon diselamatkan dari azab yang mengerikan itu. Maka mereka yang kukuh imamnya dan yang sudah 'ihsan' hatinya dengan Allah SWT lari menjauhi perhimpunan itu seperti tujuh pemuda Ashabul Kahfi yang meninggalkan perhimpunan Raja Diqyanus.
"Dan tatkala kalian meninggalkan mereka dan apa yang mereka sembah selain Allah, maka carilah tempat berlindung ke dalam gua itu, nescaya Tuhan kalian akan melimpahkan sebahagian rahmat-Nya kepada kalian dan menyediakan sesuatu yang berguna bagi kalian dalam urusan kalian." (Surah al-Kahfi; 16)
Persoalan samada Dajjal akan muncul sebagai penyelamat palsu - Imam Ke-12 Syiahyang kini semakin mendapat sokongan majoriti umat Islam sedunia ada juga kebenarannya. Dajjal yang menyamar sebagai penyelamat kepada umat Islam (kini Iran dianggap wira negara Islam) berjaya mengajak pengikutnya berkumpul di The Grand Parade untuk mengisytiharkan dirinya sebagai tuhan manusia kerana pada ketika itu mereka telah terpedaya dengan penyamaran Dajjal.

Muhammad Nurani Maarif, dalam bukunya bertajuk Membongkar Misteri Dajjal, secara terperinci menghuraikan bagaimana munculnya seorang individu misteri dalam setiap tamadun purba yang telah membuatkan dirinya dianggap sebagai Tuhan/Dewa dan kemudian menghilangkan diri selain berjanji akan kembali di akhir zaman sebagai penyelamat.{5} Hal ini hampir sama dengan kisah Imam Ke-12 Syiah yang dikatakan telah hilang dalam sebuah gua - dan dipercayai akan kembali semula di akhir zaman.
Perarakan yang berlaku di Bahrain misalnya didakwa oleh Sheikh Yusuf al-Qaradawi tidak lebih hanya satu revolusi mazhab. 
"Tidak ada revolusi rakyat di Bahrain, melainkan (revolusi) mazhab," kata al-Qaradawi, sebagaimana dipetik Al-Arabiya (19/3). Menurut Pengerusi Kesatuan Ulama Sedunia itu, wujudnya campur tangan asing di sebahagian puak yang ada, sehingga tuntutannya tidak lagi murni dari rakyat Bahrain. Puak yang ingin menggulingkan puak lain hanya mengutamakan kepentingannya sendiri. 

"Revolusi di negara Arab lain ada kesamaan di mana yang tertindas melawan pihak penindas. Sedangkan di Bahrain berunsur kemazhaban, di mana Syiah melawan Sunni". Menurutnya lagi, revolusi Mesir melibatkan rakyat dengan latar belakang berbeza seperti Muslim, Kristian, tua, muda, sekular, agama, seperti halnya di Tunisia, Yaman dan Libya. Tetapi tidak di Bahrain yang hanya melibatkan puak Syiah. 

Demonstrasi yang dilakukan kumpulan Syiah Bahrain juga bukan secara 'damai' tetapi bersenjata. "Kumpulan Syiah menyerang kumpulan Sunni dan mengambil alih masjid-masjid mereka dengan menggunakan senjata seperti halnya golongan baltajiyyah (samseng) yang kita saksikan di Yaman dan Mesir," jelas Sheikh Yusuf al-Qaradawi. 
Jika huraian saya diatas diambil kira bersama keadaan semasa, maka hampir pasti bahawa Dajjal itu akan muncul sebagai penyelamat palsu umat Islam sebagai Mahdi Syiah {6}, memandangkan mazhab itu semakin mendapat sokongan sebahagian umat Islam yang buta berkenaan hadith-hadith riwayat akhir zaman.


By: ULTIMA

Benarkah Matahari Yang Mengelilingi Bumi?

0 org tak puas hati

PENJELASAN MATAHARI MENGELILINGI BUMI (oleh Ustaz Sigit Pranowo, Lc. al-Hafidz | EraMuslim.com)

Diantara ulama yang mengatakan bahwa matahari yang mengelilingi bumi adalah Syeikh Ibnu Utsaimin. Beliau mengatakan bahwa hal itu ditunjukkan melalui lahiriyah dalil-dalil syar’iyah. Perputaran matahari menjadikan adanya pergantian antara siang dan malam diatas permukaan bumi, diantara dalil-dalilnya :

Maksudnya : "Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur, maka terbitkanlah dia dari barat," (Surah Al Baqoroh : 258)

Terbitnya matahari dari timur merupakan bukti yang jelas bahwa mataharilah yang mengelilingi bumi.

Maksudnya : “Kemudian tatkala ia melihat matahari terbit, dia berkata: "Inilah Tuhanku, ini yang lebih besar". Maka tatkala matahari itu terbenam, dia berkata: "Hai kaumku, Sesungguhnya aku berlepas diri dari apa yang kamu persekutukan.” (QS. Al An’am : 78)

Didalam ayat ini dijelaskan bahwa tenggelam tersebut terjadi dari matahari bukan terhadapnya, seandainya bumi yang berputar maka akan dikatakan, فلما أفل عنها (maka tatkala dia tenggelam darinya)

Maksudnya : “Dia menciptakan langit dan bumi dengan (tujuan) yang benar; Dia menutupkan malam atas siang dan menutupkan siang atas malam dan menundukkan matahari dan bulan, masing-masing berjalan menurut waktu yang ditentukan. ingatlah Dialah yang Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.” (QS. Az Zumar : 5)

Perkataan يكور الليل على النهار (Dia menutupkan malam atas siang) iaitu mengitarinya seperti perputaran pada serban, ini merupakan bukti akan perputaran malam dan siang terhadap bumi dan seandainya bumi yang mengitari keduanya maka akan dikatakan
يكور الأرض على الليل والنهار .

Maksudnya : “dan matahari berjalan ditempat peredarannya demikianlah ketetapan yang Maha Perkasa lagi Maha mengetahui. dan telah Kami tetapkan bagi bulan manzilah-manzilah, sehingga (setelah Dia sampai ke manzilah yang terakhir) Kembalilah Dia sebagai bentuk tandan yang tua. tidaklah mungkin bagi matahari mendapatkan bulan dan malampun tidak dapat mendahului siang. dan masing-masing beredar pada garis edarnya.” (QS. Yasin : 38 – 40)

Kata berjalan yang ditempelkan kepada matahari dan adanya ketetapan dari Sang Pemilik izzah dan ilmu menunjukkan bahawa perjalanan tersebut adalah hakiki dengan ketetapan yang pasti sehingga menimbulkan pergantian siang dan malam dan berbagai musim.

Ketetapan bagi bulan manzilah-manzilah (posisi-posisi) menunjukkan perpindahannya terhadap bumi dan seandainya bumi yang berputar tentunya bumilah yang memiliki manzilah-manzilah terhadap bulan. Kemudian tidak mungkinnya matahari mengejar bulan dan malam mendahului siang juga menunjukkan pergerakan matahari, bulan, malam dan siang.

Nabi Muhammad SAW  bersabda kepada Abu Dzar r.a dan matahari telah terbenam.

Maksudnya: ”Apakah kamu tahu kemana matahari itu pergi?” Dia (Abu Dzar) menjawab:’Allah dan Rasul-Nya yang lebih tahu’. Beliau bersabda:”Sesungguhnya dia pergi lalu bersujud di bawah Arsy, kemudian minta izin lalu diizinkan baginya, hampir-hampir dia minta izin lalu dia tidak diizinkan. Kemudian dikatakan kepadanya; Kembalilah dari arah kamu datang, lalu dia terbit dari arah barat (tempat terbenamnya). (Muttafaq Alaihi)

Kata-kata "Kembalilah dari arah kamu datang, lalu dia terbit dari arah barat (tempat terbenamnya)" begitu jelas menunjukkan bahwasanya mataharilah yang mengelilingi bumi dan kerana putarannya itu menjadikannya terbit dan tenggelam.


By: ULTIMA

Panglima Awang Melayu Pertama Yang Dimurtadkan Dan Mengelilingi Dunia?

0 org tak puas hati

PENDAHULUAN

Kita mengenali Christopher Columbus yang menemui benua Amerika atau Vasco da Gama ataupun Ferdinand De Magellan yang dipercayai orang pertama mengelilingi dunia. Namun berdasarkan bacaan beberapa sumber buku-buku dan lain-lain sumber sejarah, disebutkan juga nama seorang Melayu, Panglima Awang yang juga dikenali sebagai Enrique of Malacca selain Henry The Black. Sedikit pengenalan, Panglima Awang merupakan seorang berketurunan Melayu yang turut serta dalam misi pelayaran Ferdinand Magellan untuk mengelilingi dunia . Beliau bertugas sebagai jurubahasa dan pembantu di dalam kapal Ferdinand Magellan. Beliau telah diberikan nama Kristian 'Enrique' (Bahasa Sepanyol) atau 'Henrique' (Bahasa Portugis) setelah dibaptiskan dalam Gereja Katolik Roma oleh pihak Portugis sempena hari pembaptisannya yang merupakan perayaan St. Henry. Asal usul Enrique diperdebatkan oleh ramai sejarawan. Ada yang menyatakan beliau dari Melaka, Sumatera, Maluku dan dari Cebu.

MENGELILINGI DUNIA BERSAMA MAGELLAN

Selepas penaklukan Melaka oleh Portugis ratusan lelaki Melaka termasuk Awang telah dijadikan tawanan dan disumbat ke dalam kapal besar milik bangsa Barat itu.Kehebatan dan keperkasaannya menyebabkan Wizurai Portugis, Alfonso de Albuquerque menetapkan bahawa Panglima Awang adalah tawanan peribadinya sekali gus hamba kepada dirinya seorang.

Selepas beberapa lama, sauh diangkat dan kapal itu mula belayar membelah lautan meninggalkan bumi Melaka menuju ke benua asing bersama tawanan dan hasil rampasan perang. Kapal itu singgah di Goa dan sebahagian tawanan dijual sebagai hamba di hentian itu. Seterusnya pelayaran diteruskan menuju Lisbon, ibu negara Portugal.
Pelayaran jauh yang memakan masa lama akhirnya merapatkan hubungan antara kapten kapal, Ferdinand de Maggellan dengan Panglima Awang. Betapa lelaki Portugis itu amat tertarik dengan perwatakan pemuda Melaka itu sehingga Panglima Awang diberi keistimewaan dengan dilepaskan dari kurungan manakala rantai di kaki dan tangannya dibuka. Panglima Awang diarah menjadi kuli di atas kapal sepanjang pelayaran dengan syarat pemuda itu tidak memberontak.

Ketika itu jugalah Ferdinand menukarkan nama Melayu Panglima Awang kepada ‘Enrique’, bagi mengelakkan wujudnya diskriminasi kaum dan agama antara masyarakat Portugis dan kelasi kapal lain dengan pemuda Melaka itu. Oleh kerana bangsa Melayu ketika itu, masih ramai yang mengamalkan animisme, ia juga memberikan kita satu kemungkinan bahawa Panglima Awang telah menerima Kristian sebagai agama anutannya ketika dalam pelayaran bersama Magellan. Ia juga disebut di dalam diari Pigafetta. Sejarah mengelilingi dunia bermula apabila Ferdinand melarikan diri ke Sepanyol bersama Panglima Awang angkara fitnah pihak tertentu yang memusuhinya. Kehebatan, kemahiran dan pengalaman luas selaku pelayar menyebabkan Raja Portugal menghargai Ferdinand tetapi ia turut membenihkan hasad dengki di kalangan musuh yang akhirnya memfitnah kapten kapal itu.

Bagaimanapun, pelarian Ferdinand dan Panglima Awang ke Sepanyol diterima baik ketua negara itu, Raja Charles I, lantaran reputasi Ferdinand selaku pelayar hebat Portugal sememangnya dikenali dan dikagumi orang Sepanyol. Di Sepanyol, kemahiran dan pengalaman luas Ferdinand selaku pelayar dimanfaatkan apabila Raja Charles I mengarahkan lelaki Portugis itu belayar mencari tanah dan harta kepada Kerajaan Sepanyol.Beberapa tahun diperuntukkan untuk membuat persediaan sehingga beberapa kapal berjaya dibina untuk ekspedisi itu dengan kapal terbesar dinamakan ‘Victoria’.

Cadangan pelayaran Sepanyol itu akhirnya sampai ke pengetahuan pemimpin tertinggi Kristian seluruh dunia ketika itu iaitu Pope di Rom. Pope mensyaratkan jika Sepanyol ingin belayar, mereka tidak boleh lagi menghala ke Timur kerana ia sudah diperuntukkan kepada Portugis. Sebaliknya Sepanyol perlu belayar ke Barat. Tindakan itu menimbulkan kekhuatiran di kalangan ramai kelasi kerana pelayaran ke Barat masih belum banyak diterokai. Akibatnya, tanpa kelasi, Ferdinand terpaksa mengambil banduan sebagai anak kapal dengan tawaran kebebasan dan kemewahan jika mereka mengikuti pelayaran itu. Selain Panglima Awang, seorang lagi orang kanan Ferdinand adalah Sebastian del Cano dan pencatat pelayaran, Pigafetta.

Pada 1519, kapal besar itu berangkat meninggalkan pelabuhan Seville menuju ke horizon Barat. Pelayaran itu amat sukar berikutan anak kapal tidak berpengalaman malah ada jatuh sakit dan mati. Ramai memberontak dan meminta berpatah balik. Bagaimanapun penentangan dan konflik yang tidak kunjung padam sepanjang pelayaran sedikit terlerai apabila pelayaran menemui daratan di Barat, kapal itu sudah menjejaki benua baru di Amerika Selatan, setahun kemudian. Pelayaran itu turut menemui Selat Magallaes yang dinamakan sempena nama Ferdinand.

Tidak puas dengan penemuan dunia baru itu, Ferdinand ingin meneruskan pelayaran ke Barat sehingga konflik kembali tercetus di kalangan kelasi. Tanggapan bahawa bumi adalah leper menyebabkan mereka khuatir pelayaran terus ke Barat menyebabkan mereka terjatuh ke bawah dunia.

Walaupun menerima tentangan, Ferdinand meneruskan perjalanan dengan sokongan Panglima Awang. Pelayaran yang memasuki Lautan Pasifik kali itu semakin mencetuskan pelbagai masalah. Beberapa kapal hilang malah krisis bekalan makanan yang meruncing menyebabkan kelasi terpaksa memburu tikus dan lipas sebagai makanan.

Penderitaan di kelilingi lautan akhirnya berakhir apabila pada pertengahan 1521, tilikan Panglima Awang menerusi teropong terlihat sesuatu seperti pohon kelapa dari kejauhan. Berita itu disampaikan dan disambut gembira anak kapal bahawa penderitaan mereka berakhir. Mereka tiba di Pulau Mazzava, Cebu, Filipina.

Berlabuh di situ, Panglima Awang merasakan telahannya yang pelayaran berterusan mereka ke Barat sudah menemui dunia Timur adalah benar apabila mendapati pertuturan penduduk pulau itu menyamai Bahasa Melayu. Jauh di sudut hati, dirasakan negeri tanah tumpah darahnya iaitu Melaka semakin hampir.

Kepastian Panglima Awang dan Ferdinand mengenai bumi adalah bulat dan pelayaran mereka ke Barat sudah tembus ke Timur disampaikan kepada anak buah dan disambut gembira. Bagaimanapun satu kesilapan dilakukan. Kegembiraan kelasi menyebabkan mereka melepaskan bedilan meriam kononnya sebagai keraian tetapi tindakan itu menyebabkan pemerintah Cebu, Raja Hamabun menyangka kehadiran kapal asing itu adalah untuk berperang dan mereka memulakan serangan.

Dalam pertempuran itu, Ferdinand dan ramai anak kapal terbunuh malah kapal Sepanyol itu dihancurkan sehingga tinggal sebuah kapal saja iaitu Victoria yang sempat meloloskan diri. Berikutan Panglima Awang berbangsa asing, Sabastian dipilih selaku kapten tetapi dia tidak memiliki semangat dan pengalaman luas menyebabkan tugas mengemudi pelayaran dilakukan mengikut arahan Panglima Awang.

Pandangan Panglima Awang bahawa mereka sudah hampir dengan Melaka ternyata benar apabila melintasi tanah Semenanjung. Tetapi disebabkan khuatir diserang Portugis yang menguasai Melaka lantaran Sepanyol adalah seteru Portugal, kapal itu tidak singgah di tanah kelahiran Panglima Awang.

Tambahan pula mereka sudah ‘melanggar’ perintah Pope dengan memasuki kawasan pelayaran orang Portugis menyebabkan mereka menukarkan bendera Sepanyol kepada bendera Portugis sebagai penyamaran dan meneruskan perjalanan pulang ke Sepanyol. Pelayaran diteruskan dan berakhir apabila mereka tiba kembali di Sepanyol. Di hadapan Raja Charles I, mereka menghadap mempersembahkan cerita besar pelayaran mereka ke Barat sehingga pulang dari arah Timur.

Bagaimanapun raja itu kecewa kerana bukan bukti besar itu yang dimahukannya, raja itu kepingin harta dan tanah jajahan baru menerusi pelayaran itu.


PENAFIAN TERHADAP PANGLIMA AWANG

Memandangkan Panglima Awang berbangsa asing, pengiktirafan sejarah itu diberikan kepada Ferdinand walaupun Panglima Awang adalah orang yang bertanggungjawab menyelesaikan ekspedisi mengelilingi bumi buat julung kalinya selepas Ferdinand gagal dan mati di Cebu. Pengiktirafan itu turut menenggelamkan nama ‘Melayu’ selaku bangsa pertama yang mengelilingi bumi seterusnya jasa Panglima Awang turut tidak diketahui ramai termasuk bangsa Melayu.

Diari Pigafetta hanya menyatakan 18 orang yang selamat kembali ke pelabuhan Sanlucar de Barrameda, Sepanyol iaitu:
  1. Juan Sebastián Elcano, ketua pelayaran dari Getaria.
  2. Francisco Albo, dari Rodas (in Tuy, Galicia) Pilot
  3. Miguel de Rodas (in Tuy, Galicia) Pilot
  4. Juan de Acurio, dari Bermeo Pilot
  5. Antonio Lombardo (Pigafetta), dari Vicenza Supernumerary
  6. Martín de Judicibus, dari pelabuhan Genoa Chief Steward
  7. Hernándo de Bustamante, dari Alcántara Mariner
  8. Nicholas the Greek, dari Naples Mariner
  9. Miguel Sánchez, dari Rodas (in Tuy, Galicia) Mariner
  10. Antonio Hernández Colmenero, dari Huelva Mariner
  11. Francisco Rodrigues, rakyat Portugis dari Seville Mariner
  12. Juan Rodríguez, dari Huelva Mariner
  13. Diego Carmena, dari Bayona (Galicia) Mariner
  14. Hans of Aachen Gunner
  15. Juan de Arratia, dari Bilbao Able Seaman
  16. Vasco Gómez Gallego, dari Bayona (Galicia) Able Seaman
  17. Juan de Santandrés, dari Cueto (Cantabria) Apprentice Seaman
  18. Juan de Zubileta, dari Barakaldo
Kesemua nama di atas sampai pada 9 Jun 1522 dengan diketuai oleh Juan Sebastian Elcano dengan kapal La Victoria dari kepulauan Maluku. Elcano dianggap sebagai orang yang berjaya melengkapkan pelayaran mengelilingi dunia.

Diari Pigafetta tidak menyatakan dengan jelas sama ada Enrique of Melaka kembali ke Melaka, kembali ke Sumatera atau menetap di pulau Cebu, Filipina.

Setakat ini, umum mengetahui bahawa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dikatakan masih menjalankan kajian berkenaan sejarah Panglima Awang. Persoalan yang cuba dirungkai oleh UKM antaranya ialah :
  1. Apakah mungkin Enrique telah dikristiankan oleh Ferdinand Magellan dan menjadi orang Melayu pertama berjaya dimurtadkan.
  2. Di manakah letakkan kubur Panglima Awang ini jika telah kembali ke Melaka,ke Sumatera atau kembali ke Cebu, Filipina.
  3. Mengapa nama Enrique tidak termasuk dalam senarai 18 orang yang sampai ke Serville, Sepanyol itu.
  4. Mengapa sejarawan barat masih mendakwa Ferdinand Magellan sebagai orang pertama mengelilingi dunia dan bukannnya Elcano dan 17 sahabat yang lain dan seorang hamba Melayu bernama Enrique of Melaka atau Henry the Black.
  5. Apakah benar beliau menjadi perancang untuk memerangkap dan membunuh Ferdinand Magellan di pulau Cebu, Filipina.

kajian masih diteruskan....


Berkaitan:

1. http://alonganaz.wordpress.com/2010/01/26/panglima-awang-aka-henry-the-black/
2. http://www.sabrizain.org/malaya/port3.htm
3. http://ms.wikipedia.org/wiki/Panglima_Awang
4. http://en.wikipedia.org/wiki/Juan_Sebasti%C3%A1n_Elcano
5. Pigafetta, Antonio, journal, quoted in Skelton, R.A., 'Magellan's Voyage—A narrative Account of the First  Circumnavigation', New Haven: Yale University Press, 1969


By: ULTIMA

Vatican dan Dunia Akhir Zaman

0 org tak puas hati

Muhammad Isa Dawud dalam bukunya "Al-Mahdi Al Muntadzar alal Abwab (Menyongsong Imam Mahdi : Sang Penakluk Dajjal)" menjelaskan berkenaan perjalanan Imam Mahdi dalam penaklukan seluruh dunia. Muhammad Isa Dawud telah membongkar satu maklumat - hampir semua manuskrip-manuskrip kuno dari abad ke-3 Masihi masih tersimpan di perpustakaan-perpustakaan Barat terutamanya di Vatican. {1} Dalam penelitiannya, beliau menemui banyak perkara-perkara baru yang bagi beliau mempunyai hubung kait yang kuat tentang dekatnya kedatangan Imam Mahdi. {2}

Sebelum itu, Muhammad Isa Dawud dalam bukunya “Dajjal Akan Muncul Dari Segitiga Bermuda”  ada menjelaskan bahawa negara Barat yang diterajui oleh Amerika Syarikat memerangi umat Islam berdasarkan manuskrip-manuskrip kuno yang sepertimana yang telah dinyatakan berada dibawah simpanan mereka. {3} SIMPANAN MEREKA!

Dalam sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Nu’aim bin Hamad, Nabi Muhammad SAW berwasiat kepada para pengikutnya yang akan menaklukkan Roma dan selanjutnya Vatikan untuk berhati-hati pada tempat tertentu. Di situ terdapat sesuatu : “Jika kalian telah menaklukan Roma, masuklah ke gereja sebelah Timur melewati pintu sebelah Timur. Lalu ikatkan tujuh bendera dan bunuhlah yang kelapan. Sebab, dibawahnya terdapat tongkat Musa, Injil, dan perhiasan Bait al-Maqdis.”


____________________________________
1. Lihat Abu Fatiah al-Adnani, Fitnah dan Petaka Akhir Zaman Detik-detik Menuju Hari Kehancuran Alam Semesta, hlm 194-195
2. Salah satu manuskrip kuno yang dihujahkan oleh Muhammad Isa Dawud adalah sebuah atsar yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Ibnu Abbas dan Ali bin Abu Thalib ; Abu Hurairah pada mulanya menyembunyikan ilmunya mengenai hal itu kemudian menyampaikannya menjelang kematiannya kerana takut dosa di atas perbuatan menyembunyikan ilmu.

Ini adalah atsar yang diriwayatkan oleh Sayyidina Abu Hurairah, Sayydina Ibn Abbas, dan Sayydina Ali bin Abi Thalib. Dia berkata pada orang-orang disekelilingnya :

    "Aku mempunyai maklumat mengenai peperangan-peperangan yang terjadi di akhir zaman." Maka orang-orang berkata : "Beritahukanlah kepada kami, tidak mengapa semoga ALLAH memberikan pahala yang lebih baik." Maka beliau pun berkata : "Pada dekad-dekad hijriyah setelah 1300 tahun dan hendaklah kalian menghitung beberapa dekad kemudian, Raja Romawi berpendapat bahawa Perang Dunia yang melibatkan seluruh dunia pasti terjadi maka ALLAH mengkehendaki peperangan baginya.

    Tidak lama masa berlalu, satu dekad dan satu dekad lagi berkuasalah seorang lelaki dari negara bernama Jirman (Jerman), ia mempunyai nama 'hirr' (kucing), ia ingin menguasai dunia dan memerangi semua negeri bersalju dan kaya, maka ia berada di dalam murka ALLAH. Setelah berlangsung tahun-tahun api, dia dibunuh secara hina oleh rahsia Rusy atau Rus."

    "Pada dekad-dekad hijriyah setelah 1300 tahun, hitunglah lima atau enam, Mesir akan diperintah oleh seorang lelaki yang digelar sebagai Nashir, oran-orang Arab menyebutnya sebagai 'syuja' ul arab' (Pemberani Orang Arab), ALLAH menghinakannya dalam sebuah peperangan dan sebuah peperangan lagi; dia tidak mendapat kemenangan. ALLAH mengkehendaki untuk memberikan kemenangan bagi Mesir, kemenangan sejati bagi-Nya, pada bulan yang paling dicintai-Nya dan milik-Nya, maka Pemilik Rumah dan Bangsa Arab menyenangkan Mesir dengan Asmar Sada, ayahnya Anwaru Minhu - lebih bercahaya daripada dia, akan tetapi dia membuat perjanjian damai dengan pencuri-pencuri Masjidil Haram di negeri yang penuh duka.

    Dan di Iraq Syam, ada lelaki yang sangat kejam...dan...Sufyani, pada salah satu daripada kedua matanya ada kasal, 'kelopak mata yang turun' sedikit. Namanya diambil daripada pecahan kata shidam dan dia 'shaddam liman aradhahu' (penghancur bagi siapa saja yang menentangnya, dunia berkumpul menyerangnya di (Kut) kecil yang dimasukinya dan dia tertipu. Tidak ada kebaikan di dalam diri Sufyani kecuali dengan Islam. Dia adalah orang yang baik dan jahat dan kecelakaan bagi pengkhianat al-Mahdi al-Amin."

    "Pada dekad-dekad hijriyah setelah 1400 tahun, hitunglah dekad itu dua atau tiga... akan muncul al-Mahdi al-Amin (pemimpin yang mendapat petunjuk dan dapat dipercayai), memerangi seluruh dunia, bersatu memeranginya ialah orang-orang yang sesat (Nasrani), orang-orang yang dimurkai (Yahudi), serta orang-orang yang keterlaluan dalam kemunafikannya di negeri Isra' dan Mi'raj dekat gunung Mageddon. Akan keluar menghadapinya Ratu Dunia dan tipu muslihat, penzina namanya (Amerika). Ia merayu dunia pada hari itu dalam kesesatan dan kekafiran. Yahudi ketika itu berada di puncak ketinggian, menguasai Al-Quds dan kota suci. Seluruh negeri datang dari laut dan udara kecuali kecuali negeri-negeri salju yang sangat dingin dan negeri-negeri panas yang sangat panas. Al-Mahdi melihat bahawa seluruh dunia sedang membuat tipu muslihat terhadapnya dan yakin bahawa ALLAH boleh membuat tipu muslihat yang lebih rumit.

    Dia yakin bahawa seluruh alam adalah milik ALLAH, kepada ALLAH saja semua akan kembali. Seluruh dunia adalah pohon baginya yang akan dikuasai dari ranting hingga akarnya (...) maka ALLAH melempari mereka dengan anak panah yang paling dahsyat, yang membakar bumi, laut dan langit mereka. langit pun menurunkan hujan yang buruk dan seluruh penduduk bumi mengutuk semua orang kafir di bumi dan ALLAH mengizinkan hilangnya semua kekufuran."

3. Lihat Muhammad Isa Dawud, Dajjal Akan Muncul Dari Segitiga Bermuda, hlm 213-215


By: ULTIMA

Elakkan Wajah Di Facebook (Wanita)

0 org tak puas hati
Untuk menonton video,layari : https://www.facebook.com/video/video.php?v=146147902095674




Kami Hadiahkan video Ini...
Khas Untuk Semua Wanita Solehah Yang Memahami Bahasa Melayu
(Yang BerSuami atau Yang Bujang Lagi)

Bacaan lanjut:
http://www.dinar-emas.com/vatican.html

Bishop Berkata:
lihat saja di alam maya (internet)..
Mereka betul2 menyukai wajah mereka,
malah berasa bangga,
padahal mereka tidak menyedari kerosakan jiwa,
dan mereka orang2 paling berpotensi untuk dimurtadkan,
menyembah kami sedikit masa lagi…

Bishop Berkata
kamu datang kepada mereka,
kemudian kamu suruh mereka membenci wajah mereka sendiri…
lihatlah,
mereka akan mempertahankan wajah mereka
dan mereka pula berkata bahawa kamu ini org gila…
dan ingatlah bahawa tuhan kpd Nabi Muhammad
telah memberikan kami ramai pengikut dari kaum perempuan…



Tahukah anda...
antara lelaki dan perempuan,
siapakah yang paling ramai mendampingi,
Al-Masih Dajjal ???

==================================
Menurut Imam Al Barzanji,
dalam kitabnya bernama "Al Isya'ah"
bahawa di antara tanda dekatnya
masa kemunculan Al-Masih Dajjal itu ialah apabila
Umat Islam melupakan tentang mengingati bahayanya...
==================================

(punya ramai orang sedang perlekehkannya hari ini)

==================================
Hendaklah kamu menghalang golongan perempuan
dari keluar rumah kerana kebanyakan pengikut Dajjal ini
dari kalangan orang yang jahil tentang Islam
dan golongan perempuan.
Hadis Riwayat Muslim
==================================







By: ULTIMA

Pengikut Dajjal Vs Umat Muhammad [HQ]

0 org tak puas hati
Untuk menonton video tersebut,layari : https://www.facebook.com/video/video.php?v=146147902095674




Sekiranya anda prihatin,
tolong bagitau mak bapak,
dan pakcik makcik yang ada kemudahan internet,
untuk datang berkunjung ke laman portal,
www.Dinar-Emas.com

insya Allah sama-sama dapat manfaati...
Semoga kerjasama adik-adik semua,
dapat membantu kebangkitan keluarga kita,
ke arah umat Islam yang lebih kuat bermula
dari adik-adik...
Kehadiran fenomena Dinar-Emas.COM
telah menyebabkan 85% pengguna facebook,
yang memahami Bahasa Melayu dengan baik,
bertindak untuk memadam gambar2 peribadi mereka,
dari ditonton dengan rambang ke khalayak ramai.

Kami telah mendedahkan 1 per 1 kajian dengan
agak terperinci lagi berkronologi,
dan sebahagian darinya pula sedang berjalan
di atas pembuktian…
Pihak kami telah menyarankan kepada anda
yang ingin menghidupkan ekonomi sunnah
dengan memliki emas atau dinar secepat mungkin,
dengan hanya melayari www.dinarmas.com

Untuk pengetahuan anda,
Sesiapa dari anda yang amat arif dengan filem ini,
iaitu The Lord of The Rings,
maka bersedialah dari sekarang,
kerana kita sedang menunggu raja yang ditunggu2,
freemason & iluminati sedang menunggu Al-Masih Dajjal,
sedangkan kita umat Islam menunggu Al-Masih Mahdi,
dan pengikut Injil yang terpesong menunggu Al-Masih Isa.
Ketiga2 Al-Masih ini mempunyai kaitan dengan,
Tasik Galilee yang sedang mengering …
pergi google.com cari (Tasik Galilee) dan anda pasti
terkejut…

Kepada sesiapa yang percaya wujudnya
zaman paleolitik,
zaman mesolitik, dan zaman neolitik,
maka bergoncanglahlah keimanan anda kepada
kepercayaan 25 orang Rasul yang paling asas
ini belum mai cerita saki baki nabi2 yang
berjumlah beribu2 orang lagi yang tak dipopularkan tu....

Untuk pengetahuan anda semua…
Nabi Adam telah membina 1 tamadun yang amat canggih,
sesuai dengan memorinya yang terkandung dalam fikirannya,
iaitu sewaktu melihat kecanggihan sistem pemerintahan di Syurga,
kerana itu beliau diangkat menjadi Rasul sebab dia kena
bagitau anak2 dia yang sudah berlapis2 keturunan itu
untuk mempertahankan ketamadunan yang dibina
untuk kenikmatan anak2nya...

Syariat hidup anak2 Adam dibolehkan kahwin adik beradik
selepas level anak2 Adam mencapai tahap2 tertentu,
Idris telah diangkat menjadi Rasul,
dan syariat berubah, haram kahwin adik beradik....
Sehinggalah datangnya Tamadun Nuh yang gilang gemilang...
setiap tamadun yang besar akan terselit keruntuhan moral yang tinggi juga,
kerana itu umat Nabi Nuh yang berselerak di seluruh dunia
telah dibalakan dengan banjir besar setinggi gunung
melewati hampir semua permukaan planet bumi...

Awas kepada teori Darwin,
kerana ia memesongkan akidah umat Islam,
lalu mempercayai zaman Paleolitik Mesolitik & Neolitik itu wujud,
hakikatnya hanyalah temberang,
sekiranya anda setuju dengan teori ini,
dengan otomatik anda menyokong teori Darwin
iaitu yang manusia itu asalnya dari monyet,
bukankah teori Mesolitik Paleolitik Neolitik itu akhirnya
beransur2 kononnya dari gua masuk hutan…
dari kayu pakai logam dan dari itu pindah ke pantai and so on......
itu semua tipu belaka....

Sumber barat adalah sumber yang tercemar
dengan tangan2 Freemason & Iluminati,
awas...
terkadang tu lakonan mereka macam betul,
lazimnya semuanya tipu...
Ada baiknya anda mengenali TANAH MELAYU
dari kacamata tamadun Arab era Nabi Sulaiman
iaitu sekitar 6000 tahun lepas,
dahulunya seluruh benua Melayu ini dipanggil Zabaj...!!!
- Nabi Sulaiman import emas dari anak Melayu...
- nak percaya kat siapa sekarang ?
- teori Mesolitik Paleolitik Neolitik tu semua sampah recycle bin semata2....

Al-Masih Dajjal Akan Muncul Bila-Bila Masa sahaja,
Kita tunggu minggu depan,
Negeri mana di Negara manakah,
Yang bakal beransur2 kehilangan tenaga elektrik,
dan di benua manakah kerap berlaku gempa sekarang ini ?
Semua itu adalah tanda2 kedatangan Dajjal & Mahdi & Isa.
Tak percaya ?
Tengok nilai tukaran RINGGIT,
Sekiranya berjaya mencecah USD 1.00 = RM 3.00
Perkara buruk pasti berlaku.





By: ULTIMA

Kitalah Zaman Yang Dimaksudkan [HQ]

0 org tak puas hati
Untuk menonton video tersebut,layari: http://www.facebook.com/video/video.php?v=235860223124441&oid=112606472121322&comments


ஜ۩۞۩ஜ Islam & Akhir Zaman ஜ۩۞۩ஜ
((( Kitalah Zaman Yang Dimaksudkan )))
- jaringan matriks Al-Quran
- jaringan matriks Al-Hadis
- sistem yakjuj makjuj merubah hidup manusia

21 Ramadhan 1432
21 Ogos 2011
Ahad
05:45 pagi
(Waktu Senawang, Seremban, Negeri 9, Tanah Melayu, Nusantara.)

Nota:
Video ini dilepaskan ke alam maya,
selepas DE bermimpi naik ke langit...
dan Allah bentangkan pada beliau...
bagaimana setiap bintang mempunyai orbitnya sendiri,
dan bagaimana pula...
galaksi itu sendiri sedang tawaf mengelilingi "SESUATU",
dan DE diberi peluang untuk membuat simulasi...
terhadap pergerakan ruang & masa iaitu dengan 1 cara...
iaitu dengan sentuhan tangan sahaja,
yakni...
seperti anda hari ini menyentuh "skrin sesentuh".

Kemungkinan:
- sangat berkemungkinan besar...
- malam tadi adalah MALAM LAILATUL QADAR.
- Wallahualam.

ALLAH MAHA KUASA...
MAKHLUK TIADA KUASA...
(terima kasih tuhan kerana tunjukkan)





By: ULTIMA